Assalamulaikum.
Di sini saya ade satu software yg agak menarik untuk dikongsi. Ia dinamakan 3D Interactive Anatomy.
Sebenarnye saya dh lama dapat software ni. Sejak drpd cuti 1st year dulu yg mase cuti balik malaysia. Tapi sampai sekarang, software ni kurang mendapat sambutan sebab die adalah software yg dh lama & memerlukan windows XP utk berfungsi. Masalahnye tak ramai di kalangan kita yg guna windows XP. Orang2 yang dulu guna XP pon dh convert kepada Windows Vista/Se7en. Disebabkn batch kita dh ade blog, so rasenye agak sesuai la kalo saye letak je info pasal software ni utk makluman kita semua.
Function2 yg boleh didapati drpd software 3D Anatomy ni:
1) Gambar graphic anatomy dgn design 3D.
Boleh dikatakan sbg “virtual cadaver”. Membolehkan kita “simpan” cadaver dlm laptop. Boleh pusing2, tengok2 mane2 body regions & parts yg kita kehendaki. Very much like a real cadaver. Cuma bezanya x boleh disentuh je. Kalau kita click kat mana2 bahagian, ade maklumat pasal bahagian tu akan kluar.
2) Selain 3D graphic, benda2 sampingan lain adalah seperti anatomy notes(mcm anat textbook), clinical guidance, dissection slides (gambar yg fresh), pathological anat (P.A.) slides, anatomical illustration, MRI simulator (real MRI photo yg disertakan bersama 3D graphicnya + bole tgk pada plane2 yg berbeza), dan jugak quiz. Pokoknya, banyak la jugak function2 yg available dalam ni.
Software ini dibahagikan kepada folder2 yg berlainan. Jadi perlu install file2 yg berbeza.
Berikut adalah listnya:
i) Pelvis and perineum
ii) Foot & ankle
iii) Hand
iv) Hand-Surgery
v) Head & Neck
vi) Hip
vii) Knee
viii) Shoulder
ix) Spine
x) Thorax & Abdomen
Sini ade beberapa screenshot software tersebut:From together we strive~ 
From together we strive~ 
From together we strive~ From together we strive~
Kalau ada siapa2 yang berminat nak install, berikut adalah requirement utk software ni:
1) Laptop anda mesti ada Windows XP. Kalau install kat Windows Vista/Se7en, die xkan dapat berfungsi sbb die ni software yg agak lama. Die xkan boleh run walaupun kita setkan properties die untuk run dgn compatibility XP. Malah set priviledge untuk run as admin pon x bkesan gak. Tak ada pilihan lain. So mesti guna gak windows XP.
2) Recommended utk ada skali 3D card. Saye tak sure ok ke tak kalau pakai kat laptop yg xde 3D card sebab blom pernah try lg.
3) Software virtual CD/DVD drive. Saya recommend Alcohol 120% sbb kalau pakai yg lain mcm UltraISO, etc , software 3D Anatomy tu macam xnak running dgn betol. Ade dua perkara yg berkaitan tentang hal ni:
a) File installer adalah dlm bentuk CD image (img, cd9, iso, etc) dan hanya boleh dibuka dgn virtual CD/DVD drive
b) Setelah install, mesti mount CD image tersebut sewaktu nak run program.
(P/S: kalau tak tahu apekah virtual CD/DVD drive itu sebenarnye, boleh hubungi professional kita Izzad bin Azlan @ Doc Alan untuk software assistance.)
4) Digalakkan utk memiliki external hard disk. Size keseluruhan filenya agak besar. Lebih kurang 5.4GB. Tu baru file installer. Nanti bile nak install akan double lagi space yang die amik.
5) Tambahan- Untuk para pengguna Windows Vista/Se7en:
Anda boleh tambahkan Windows XP kat dlm laptop anda tanpa menggangu OS yg sedia ada. Saya misalnya, guna Windows Vista dan tambah install windows XP. Yg penting, kena sediakan ruang kosong secukupnya kat dlm harddisk laptop dan install XP kat partition yg bbeza.
Berikut adalah menu yg akan keluar kalau anda ade 2 OS dlm 1 laptop:From together we strive~
Untuk tukar-tukar OS yg dikehendaki, kena restart dulu laptop dan menu ni akan kluar.
Amaran:
Pastikan anda mengetahui procedure yg betul kalau nk tambah Windows XP dlm laptop anda. Kalau tersalah buat, akan mnyebabkan laptop anda crash/error.
____________________________________
Sekadar info untuk semua. Kalau ade yg terasa nk copy file software ni, nanti boleh la request pada saya. Semoga kita sama2 mendapat manfaat.
Sekian. Wassalam.
-Muhamad Syazwan Bin Misran-
Sunday, March 7, 2010
Alat Bantuan Belajar Anatomy: Software 3D Interactive Anatomy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

sedang merayap !
2 comments:
fuyyoo.. besar nye tulisan die.. hemohemohemo.. >;3
xpe. x effect sgt pon sbb dh hide. haha
Post a Comment